CHITO MONASCUS
Adalah
impian setiap orang untuk memperolehi tubuh yang langsing dan menarik.
Chitomonascus menawarkan kaedah yang mudah dan sihat untuk mengurangkan
berat badan tanpa mengganggu selera makan. Anda boleh kekal langsing dan
sihat serta menikmati makanan keinginan anda jika anda mengambil
MayFirst Chitomonascus.
Chitosan adalah serat yang akan menyerap lemak secara semulajadi.
Bertindak mengikat lemak-lemak yang ada didalam makanan yang anda ambil.
Dengan ini, lemak-lemak tersebut tidak sempat dihadam didalam perut dan
usus. Melebihi berat badan atau obesiti ialah apabila anda mempunyai
berat badan lebih 20% daripada berat badan yang dibenarkan bagi
ketinggian anda. Obesiti mempunyai faktor yang berisiko bagi
penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, tekanan darah
tinggi dan beberapa jenis kenser. Lebihan berat badan juga meningkatkan
tekanan pada sendi tulang dan berpotensi untuk membentuk arthritis.
Apa itu
Chitosan?
Chitosan
dihasilkan dari chitin, sejenis polisakarida yang didapati dalam kulit
kekerang makanan laut seperti udang, tulang belakang sotong dan ketam.
Ia berfungsi untuk menyerap lemak sebelum dihadam. Oleh itu, lemak tidak
akan disimpan atau menyerap ke dalam tubuh. Chitosan dan lemak yang
telah diserap akan dikeluarkan daripada tubuh. Jumlah lemak yang akan
dibuang daripada tubuh bergantung kepada jumlah chitosan yang diambil.
Namun demikian, adalah dinasihatkan anda supaya mengurangkan pengambilan
diet berlemak untuk menghasilkan keberkesanan yang cepat dalam program
pelangsingan anda. MayFirst Chitomonascus diperbuat daripada chitosan
beta yang dihasilkan dari chitin sotong pena. Ia tidak mengandungi
kalsium dan karatenoid dalam jumlah yang besar yang telah menjadikan ia
sebagai bahan aktif yang lebih bersih dan cerakin dari chitosan biasa.
Dengan ini, chitosan beta mempunyai daya serapan lemak (acetylation)
yang amat tinggi. Saiz molekulnya telah menggalakkan aktiviti biologi
yang baik di dalam tubuh.
Apa itu
Monascus?
Monascus telah diekstrakkan dari Red Yeast Rice
merupakan makanan tradisi dan perubatan Cina semenjak Dinasti Ming. Ia
telah diketahui bagaimana Red Yeast Rice digunakan
untuk merangsang abdomen. Pengamal perubatan cina menggunakan
Red Yeast Rice untuk merawat kesakitan abdomen yang disebabkan
kelembapan aliran darah dan cirit-birit, termasuk trauma luaran dan
dalaman tubuh. Red Yeast Rice mengandungi bahan aktif
semulajadi seperti Monacolink , Dihidromoncolink dan Monacolink I, II,
III, IV, V dan VI. Para penyelidik telah mendapati bahawa Monacolin
merencatkan penghasilan kolestrol dengan menghentikan enzim utama (HMG-COA)
di dalam hati yang bertanggungjawab menghasilkan kolestrol. Kesan
pengurangan kolestrol oleh Red Yeast Rice mungkin disebabkan oleh
penggabungan Monacolin dan bahan seperti sterols serta asid-asid lemak.
Jadi apakah Chitomonascus lakukan terhadap anda?
Ia dapat membantu anda mengekalkan berat badan ideal anda. MayFirst
Chitomonascus juga mengandungi serat larut air, terdiri daripada
Oligosakarida yang menggalakkan keseimbangan pertumbuhan bakteria baik
di dalam sistem usus anda terutamanya lactobacilli
untuk memberi daya serapan pemakanan yang baik ke dalam tubuh anda.
Kelebihan Red Yeast Rice telah lama diketahui oleh Pharmacoppoeia Cina
Dinasti Ming sebagai penggalak pengaliran darah serta penghadaman yang
sangat baik.
Dos: 2-3 kapsul 2 kali sehari dengan 1 gelas air penuh, 30 minit sebelum
makan.
Amaran
Chitosan dihasilkan dari makanan laut. Mereka yang alergi kepada makanan
laut dinasihatkan tidak mengambil chitomonascus.
Kombinasi cadangan:
1. Wanita
Chitomonascus - 2 kapsul sehari setengah jam sebelum makan
Mesmerize - 2 kapsul sehari
Femaling - 1 kapsul sehari
2. Lelaki
Chitomonascus - 2 kapsul sehari setengah jam sebelum makan
Pronoton - 2 kapsul sehari
Ginkgo Plus - 2 kapsul sehari