|
GINKGO PLUS



Pokok Ginkgo adalah pohon yang tertua hidup didunia.
Usianya yang panjang itu disebabkan daya pertahanannya
terhadap penyakit dan pencemaran, penyesuaian dan
mempunyai ciri-ciri biokimia yang unik. Ciri-ciri
perubatan pokok Ginkgo terdapat pada daunnya. Ia telah
dicatitkan dalam sejarah herba Cina semenjak 5000 tahun
yang lalu dan telah digunakan di negara barat sebagai
agen ubat-ubatan semenjak 25 tahun yang lalu. Dinegara
Jerman dan Perancis, Ginkgo adalah diantara herba yang
sering diberi sebagai ubat-ubatan.
Daun Ginkgo biloba mengandungi
bahan anti oksidan yang kuat seperti Flavanoids (Ginkgo
Flavon Glycosides) dan Flavanoids (Ginkgolides dan
Bilobalides) glycosides adalah anti oksidan yang sangat
kuat. Ginkgolides memperbaiki pengaliran darah dan
menghalang pembekuan darah. Bilobalides melindungi
sel-sel otok dan merangsang pertumbuhan baru sel-sel
saraf yang telah rosak.
Kajian Klinikal terhadap Ginkgo Biloba
Ekstrak standard Ginkgo biloba
meningkatkan pengaliran darah ke sel-sel otak hingga ke
hujung-hujung jari tangan serta kaki termasuk telinga.
Mengelak saraf pusat daripada rosak apabila berlakunya
kekurangan oksigen ke tisu-tisu tubuh, contohnya sel-sel
otak apabila berlakunya angin ahmar (stroke).
Kelembapan pengaliran darah ke dalam otak akan
menyebabkan pengurangan oksigen didalam otak. Keadaan
ini ditunjukkan melalui simptom-simptom seperti
kesewelan (absent mindedness), kekurangan tenaga,
kelesuan dan keletihan, kekeliruan, tekanan fikiran,
kegelisahan, pengurangan aktiviti fizikal, tinnitus (bunyi
dering didalam telinga), sakit kepala, migrain, sukar
menumpukan perhatian dan pengurangan daya ingatan. Semua
simptom-simptom tersebut sering dilihat pada orang
dewasa dan orang-orang tua.
Ujian luaran menggunakan sekumpulan sukarelawan
mendapati Ginkgo biloba amat
berkesan didalam memperbaiki motivasi individu, gangguan
mental, keganasan, sifat berang (mudah marah) dan
kelesuan. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung
Koronori, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Ginkgo
membantu di dalam rawatan penyakit kerosakan tisu retina
untuk memperbaiki penglihatan disebabkan penyakit
kencing manis dan katarak.
Ekstrak Ginkgo biloba dapat
memperbaiki pengaliran darah bagi melegakan kesakitan
ketika haid, senggugut bengkak salur darah pada bahagian
betis wanita (interminttend claudication) dan
orang-orang tua. Ia telah digunakan dengan jayanya
didalam rawatan penyakit nyanyuk (Alzheimer's Disease)
dan penyakit pelupa (Senile Dimentia).
MayFirst Ginkgo Plus juga mengandungi saw palmetto,
pumpkin seed, herba epimedii dan fructus tribulus
terrestris untuk memberi kesan menyeluruh kepada lelaki.
Dos: 2-3 kapsul 2 kali sehari.
Kombinasi Cadangan:
1. Terapi 1 (Berat badan normal)
Ginkgo Plus - 2 kapsul sehari
Promale - 2 kapsul sehari
2. Terapi 2 (Berat badan berlebihan)
Ginkgo Plus - 2 kapsul sehari
Promale - 2 kapsul sehari
Chitomonascus - 2 kapsul sehari setengah jam sebelum
makan
Daya ingatan dan tumpuan manusia dibantu oleh sistem
pengaliran darah yang baik. Alliran darah didalam
pembuluh darah menggalakkan penghantaran oksigen
keseluruh sistem badan termasuk sel-sel otak manusia.
Rangsangan saraf dan sel-sel tubuh dapat mengelakkan
saraf pusat daripada rosak akibat kekurangan oksigen ke
tisu-tisu badan.
Ginkgo Plus Tablet difarmulakan dengan:
* Ekstrak standard Ginkgo Biloba
* Fructus Saw Palmetto
* Fructus Tribulus Terresteris
Sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak seawal 7 tahun
hingga dewasa bagi meningkatkan daya tumpuan minda.
Berkesan juga untuk merawat masalah pelupa, nyanyuk,
kekejangan otot, migrain dan sengal-sengal anggota badan. |